Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kadar inflasi Malaysia rendah, mampu dikawal

    KUALA LUMPUR, 24 MEI – Meskipun kadar inflasi bagi April dijangka meningkat ekoran kenaikan harga barang, ia masih dilihat rendah dan mampu dikawal kerajaan disebabkan adanya bantuan subsidi yang meluas daripada kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

    Selain itu, katanya, kawalan harga bahan mentah yang diwujudkan kerajaan juga berjaya menjadikan kadar inflasi di negara ini rendah iaitu sebanyak 2.2 peratus pada Mac 2022. 

    “Di Amerika Syarikat (AS) kadar inflasi sudah cecah 8.3 peratus, dan United Kingdom (UK) 9 peratus. 

    “Alhamdulillah oleh kerana kita ada kawalan harga dan subsidi, ini menjadikan kadar inflasi kita rendah, umpamanya subsidi untuk minyak masak, subsidi untuk gas.

    “Subsidi untuk petroleum misalnya, harga sebenar adalah lebih RM4, tetapi rakyat hanya bayar RM2.05 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel seliter,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian antara AirAsia Academy dengan MyDIGITAL Corporation bagi program meningkatkan penambahan kemahiran berkaitan digital- Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) untuk rakyat Malaysia. – Bernama

    Datuk Seri Mustapa Mohamed menjawab pertanyaan dari media sempena Taklimat Sosioekonomi Kepada Media Kelantan baru-baru ini. Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata inflasi Malaysia masih dilihat rendah dan mampu dikawal disebabkan adanya bantuan subsidi yang meluas daripada kerajaan. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...