Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Katy Perry menyesal tolak kerja sama dengan Billie Eilish

    Kolaborasi menjadi hal lumrah bagi para penyanyi, ada yang berbeza genre hingga mencapai kepada generasi seterusnya.

    Katy Perry juga kerap melakukan kolaborasi dengan beberapa penyayi, namun ada satu yang sangat disesalinya.

    Dalam wawancara bersama KIIS FM, ia mengaku menyesal menolak tawaran untuk bekerja sama dengan Billie Eilish.

    Juri American Idol itu ditawarkan untuk berkerjasama dalam single debut Billie Eilish, Ocean Eyes pada 2015. Dia menyatakan telah menerima e-mel yang menawarkan kolaborasi dengan artis tersebut.

    “Saya terima e-mel yang menawarkan kerjasama dengan artis tersebut yang baru pada ketika itu kerana kami berdua di bawah syarikat naungan yang sama iaitu Unsub Records,” ungkapnya.

    Sayangnya, Katy yang tidak mengetahui perihal Billie,menolak tawaran tersebut sehingga menjadi kekesalan setelah beberapa tahun kemudian.

    Billie Eilish langsung mendapatkan sorotan setelah melancarkan Ocean Eyes pada 2015 dan kini telah menjadi penyanyi muda yang paling terkenal di dunia. Ia sudah meraih tujuh piala Grammy Awards, satu Golden Globe dan Oscar untuk kategori Best Original Song. – Agensi

    Katy Pery pernah menolak tawaran untuk kolaborasi bersama Billie Eilish yang menjadi penyesalannya hingga kini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...