Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    Keahlian, gelaran dilucutkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan sokongan Majlis Mesyuarat Adat Istiadat bagi pelucutan keahlian sebagai ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan pelucutan gelaran Pehin Orang Kaya Shahbandar yang dikurniakan kepada Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd Taha, serta ditarik balik semua Bintang-bintang Kebesaran dan Pingat-pingat Kehormatan yang telah dikurniakan kepadanya.

    Pelucutan keahlian sebagai ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan pelucutan gelaran Pehin Orang Kaya Shahbandar serta penarikan balik Bintang-bintang Kebesaran dan Pingat-pingat Kehormatan berkenaan berkuat kuasa hari ini.

    Gambar fail serahan JPM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...