Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kebakaran hutan Mexico merebak tidak terkawal

    MORA, 1 MEI – Lebih 1,000 anggota bomba dibantu jentolak dan pesawat udara bergelut untuk memadamkan kebakaran hutan aktif terbesar di Amerika Syarikat (AS), selepas angin kencang di New Mexico semalam mendorong api merebak menghampiri beberapa perkampungan di kawasan pergunungan.

    Saintis menyifatkan kebakaran paling teruk di barat daya AS itu merebak lebih luas dan berlaku lebih awal daripada kebiasaan tahun ini akibat perubahan iklim.

    Ribuan penduduk di lembah Mora, yang terletak sekitar 64 kilometer di timur laut Santa Fe, bersedia untuk di-pindahkan ketika kepulan asap keluar dari kawasan hutan berhampiran komuniti petani Ledoux.

    Tiupan angin turut menyebabkan api terus merebak daripada 30,351 hektar kawasan yang sudah terbakar di Pergunungan Sangre de Cristo sejak 6 April lalu, yang memusnahkan ratusan kediaman dan infrastruktur.

    Angin dijangka bertiup dari arah selatan hari ini, dan menolak api ke arah beberapa perkampungan seperti Mora, serta bandar Las Vegas yang memiliki populasi berjumlah 14,000 orang.

    Jurucakap Syerif Daerah Mora, Americk Padilla, menggesa penduduk kawasan supaya berpindah ke bandar berhampiran seperti Taos dan Angel Fire sekiranya arahan berpindah dikeluarkan.

    Penduduk tempatan menyelar Perkhidmatan Perhutanan AS kerana melaksanakan ‘kebakaran terkawal’ yang bertujuan untuk mengurangkan risiko kebakaran, namun akhirnya menjadi antara punca kebakaran teruk berkenaan. – AP

    Api Cerro Pelado membakar di Gunung Jemez di Cochiti, New Mexico pada 29 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...