Saya terkilan dengan layanan yang diberikan oleh sebuah bengkel kereta di Daerah Brunei dan Muara.
Baru-baru ini, saya ada membeli alat ganti kenderaan dari Malaysia yang lebih murah berbanding jika saya membeli terus di Brunei.
Selepas saya mengambil barang tersebut daripada runner di Brunei, saya membawa kereta saya ke bengkel berhampiran tempat saya tinggal.
Seperti biasa, saya akan meninggalkan kereta saya di bengkel tersebut kerana saya faham proses untuk menggantikan peralatan tersebut memakan masa. Jadi, mahu ataupun tidak, saya terpaksa akur.
Selepas beberapa hari, saya dihubungi oleh bengkel yang mengatakan ada barang lain juga yang perlu diganti. Maka, sekali lagi, saya terpaksa akur kerana kereta saya telah pun dibuka oleh mekanik. Jadi, alang-alang, teruskan sahaja dengan proses baik pulih tersebut.

Selepas semuanya selesai, saya membuat pembayaran dan membawa kereta tersebut pulang. Saya dapati, kereta saya masih lagi mengeluarkan bunyi yang tidak sepatutnya.
Jadi saya pulang semula ke bengkel tersebut.
Apabila saya berada di sana, mekanik tersebut memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Antaranya, “Hari ni kereta banyak, cuba datang lagi esok.”
Dia juga mengingatkan kepada saya supaya tidak membeli barang dari luar kerana kualitinya yang diragui, melainkan saya tempah barang tersebut melalui bengkelnya atau beli secara terus dari pengedar kereta yang sah di Brunei.
Akhirnya, saya berlalu pergi sahaja kerana tidak sanggup lagi berurusan dengan orang sepertinya.
Tipu dosa, mati seksa