Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kedutaan Thailand adakan lawatan kerja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Kedutaan Diraja Thailand di Brunei Darussalam pagi tadi, telah mengadakan lawatan kerja dan aktiviti Good Deeds from the Heart di Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC), Kiarong.

    Ia diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Hari Kebangsaan Kerajaan Thailand dan Hari Bapa Thailand.
    Menyertai rombongan ke pusat tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai bersama pegawai dan kakitangan kedutaan.

    Lawatan bermula di kawasan permainan kanak-kanak dan seterusnya mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Konsultan Pediatrik CDC, Dr Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid.

    Dr Hajah Mawarni menjelaskan mengenai program dan projek yang diadakan selain latar belakang pusat tersebut.

    Sementara itu, PYT Boosara Kanchanalai menjelaskan aktiviti Good Deeds from the Heart telah dimulakan oleh KDYMM Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun untuk menubuhkan inisiatif Sukarelawan Diraja sebagai penghormatan kepada mendiang KDYMM Raja Bhumibol Adulyadej dan KDYMM Permaisuri Sirikit un-tuk sumbangan mereka kepada Thailand.

    Ia menggalakkan perpaduan dan kebahagiaan dalam kalangan rakyat dan kestabilan negara secara keseluruhan.

    Inisiatif itu telah meluas ke luar negara dengan memberi peluang kepada masyarakat Thailand di luar negara untuk melakukan perbuatan baik kepada masyarakat dan menyatakan rasa terima kasih mereka kepada negara di tempat mereka menetap.

    Puan Yang Terutama seterusnya berkata, lawatan kerja ke CDC dan sumbangan yang diberikan bertujuan memberi sokongan padu kepada pusat berkenaan dan kepada kanak-kanak yang memerlukan sokongan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa pelbagai permainan dan buku, hasil kutipan daripada masyarakat Thailand di Brunei Darussalam dan Samima Sdn Bhd kepada kanak-kanak di pusat berkenaan.

    PYT Boosara Kanchanalai ketika menyerahkan sumbangan.
    PYT Boosara Kanchanalai beramah mesra bersama kanak-kanak di bawah jagaan CDC.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...