Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kegiatan judi tumpas, enam ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Enam orang warganegara asing dan penduduk tetap telah ditahan kerana terlibat dengan kegiatan perjudian di sebuah rumah kediaman di kawasan Kampung Kiarong hari ini sekitar pukul 4 petang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), serbuan dijalankan oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB.

    Semasa serbuan dijalankan, kesemua suspek yang terdiri daripada lima orang lelaki dan seorang wanita berumur antara 37 hingga 55 tahun tersentak lalu cuba melarikan diri ketika keanggotaan unit menyerbu masuk ke dalam rumah berkenaan.

    Kegiatan perjudian yang dijalankan di kawasan ruang tamu rumah berjaya dikawal dan kesemua suspek berhasil ditahan.

    Hasil daripada siasatan awal mendapati, kegiatan judi yang dijalankan adalah dengan menggunakan tujuh buah unit mesin simulasi perjudian yang ditemukan di dalam rumah berkenaan.

    Kesemua suspek berserta barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.

    Di kesempatan itu, PPDB menegaskan kegiatan judi merupakan racun masyarakat yang perlu dibendung dengan sewajarnya.

    Implikasi terhadap kegiatan ini merangsang kepada pengaruh yang sangat negatif sehingga boleh merosakkan institusi masa depan diri sendiri mahupun kehidupan berkeluarga.

    Antara unit mesin judi yang berjaya dirampas oleh anggota PPDB semasa serbuan yang dijalankan di Kampung Kiarong, kelmarin.- Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...