Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kekacauan meletus di Belgium

    BRUSSELS, AMSTERDAM, 28 NOV – Rusuhan meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia, lapor agensi Anadolu.

    Beberapa orang berkumpul di sekitar Stesen Kereta Api Brussels Midi dan melemparkan bunga api, manakala di beberapa kawasan lain, ada yang bertindak membakar tong sampah dan merosakkan beberapa kemudahan awam.

    Polis Brussels mengerahkan anggotanya untuk mengawal keadaan dan sebahagian jalan masuk menuju ke beberapa kawasan pelancongan di pusat bandar turut ditutup.

    Datuk Bandar Brussels, Philippe Close menyelar tindakan itu dan menggesa mereka tidak mencetuskan kekacauan di kawasan pelancongan dan pusat beli-belah.

    Sementara itu, penyokong Maghribi yang meraikan kejayaan pasukan mereka berkumpul di dataran di Amsterdam menyebabkan berlaku kekacauan.

    Kira-kira 500 orang peminat turut berkumpul di Rotterdam dan ada yang bertindak melemparkan bunga api.

    Maghribi menewaskan Belgium 2-0 pada Ahad hasil jaringan Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Abouhlal. – Bernama

    Pegawai polis rusuhan mengawal keadaan di Brussels selepas kekacauan meletus akibat Belgium tewas 2-0 dalam aksi Piala Dunia menentang Maghribi pada Ahad. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...