Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Keluarga China bina telaga di kawasan setinggan Uganda

    WAKISO, UGANDA – Bagi Betty Kyabajje, 28, mengambil air merupakan satu pergelutan setiap hari.

    Seperti kebanyakan keluarga Afrika, wanita bertanggungjawab mencari air, sumber yang diperlukan oleh keluarga mereka untuk terus hidup bagi kegunaan minum, memasak, sanitasi dan kebersihan.

    Kyabajje, yang tinggal di Bukasa, kawasan setinggan berjiran dengan ibu kota Uganda, Kampala, pernah menghabiskan berjam-jam beratur untuk mendapatkan air di telaga yang digali dengan tangan di kawasan kejiranannya.

    Dia memberitahu Xinhua dalam temu bual baru-baru ini penantian itu membebankan kerana dia mempunyai kerja rumah lain seperti mencuci pakaian dan menyediakan makanan untuk lima ahli keluarganya.

    Perigi itu, yang kadangkala dibanjiri dengan air hujan larian, dianggap ‘perangkap maut’ kerana air itu tercemar yang mungkin membawa penyakit bawaan air, menurut Kyabajje.

    Wakil penaja dan pemula Projek Telaga Air, Zhong Shuangquan (dua kanan) menghadiri majlis penyerahan telaga air di kampung Bukasa, daerah Wakiso, tengah Uganda. – Xinhua

    “Keadaan air sangat teruk. Awda berjalan jauh untuk mendapatkan air, kadang-kadang sebagai wanita kami membawa anak di belakang. Kemudian awda juga mendapati beratur panjang di perigi,” kata Kyabajje.

    Kawasan setinggan Bukasa, menurut pemimpin tempatan, mempunyai lebih 60,000 penduduk yang semuanya bergantung kepada telaga cetek itu, kebanyakannya berjiran dengan paya di tepi Tasik Victoria.

    Kementerian Kesihatan Uganda menunjukkan negara itu kehilangan 400 orang setiap hari akibat jangkitan bawaan air seperti cirit-birit, disentri, taun dan kepialu.

    Kyabajje dan rakan sekampungnya kini lebih baik kerana telaga mata air terlindung baharu telah dibina di kawasan kejiranan mereka.

    Keluarga Cina, yang mengalami perjuangan sedemikian ketika China menghadapi kemiskinan tegar, membina telaga itu, tambahan kepada lebih 20 yang lain yang dibina di tempat lain di Uganda.

    “Kami bertuah kerana kerajaan kami yang baik di China… Saya fikir adalah baik keluarga Cina kami terutamanya (mereka) yang tinggal di Uganda akan turut membantu rakan-rakan Uganda kami,” kata Zhong Shuangquan, seorang warga China yang telah telah tinggal di Uganda selama lebih 23 tahun.

    Zhong, yang datang bersama keluarganya semasa penye-rahan perigi kepada masyarakat, menjemput orang Cina lain untuk menyertainya dalam melakukan lebih banyak perkara untuk keluarga Uganda.

    “Air bersih adalah sesuatu yang harus menjadi asas dalam kehidupan setiap orang, jadi saya fikir dengan memberi mereka perigi, ia sepatutnya membantu semua orang di sini untuk dapat minum air bersih,” kata Zhong Manke, pelajar Cina yang belajar di Uganda.

    “Awda boleh membuat perubahan di dunia, awda tidak perlu membuat sesuatu yang besar, tetapi satu langkah kecil, seperti datang ke sini bersama ibu bapa saya juga boleh membuat perubahan besar di dunia,” tambahnya.

    Yayasan Amal Uganda Luar Negara China, sebuah badan amal China, mengumpul derma daripada keluarga China telah membina 25 telaga sedemikian di luar bandar Uganda dan berharap untuk membina se-hingga 50 telaga mata air yang dilindungi setahun.

    Emmanuel Masaba, seorang penduduk Bukasa, berkata dia tidak akan mengalami penyakit bawaan air yang telah memakan sebahagian besar pendapatannya sekarang kerana dia mempunyai akses kepada air bersih.

    “Ramai orang pernah melalui situasi yang sama seperti saya. Jadi saya tahu kita tidak akan membazirkan wang kita untuk membeli ubat, sebaliknya kita akan mendidik anak-anak kita,” kata Masaba.

    “Saya ingin berterima kasih kepada orang yang membina perigi itu,” kata Kyabajje, yang tersenyum lebar kerana dia kini mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan perkara lain.

    Menurut Kementerian Air dan Alam Sekitar Uganda, kira-kira 30 peratus penduduk negara itu tidak mempunyai akses kepada air bersih. Mereka mendapat air dari perigi cetek, paya, sungai dan tasik. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...