Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Kemboja tingkat pengawasan melalui gerbang internet baharu

    PHNOM PENH, 14 FEB – Kemboja kini sedang giat memperkasakan Gerbang Internet Nasional terbaharu, langkah yang didakwa aktivis akan terus menyekat kebebasan bersuara terutama pembangkang di negara itu.

    Pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran mengenai langkah itu yang akan mengawal gerbang internet mulai 16 Februari ini kerana ia akan memberi impak teruk terhadap privasi dan kebebasan bersuara.

    Jelas pengkritik, langkah itu juga dilihat sebagai strategi terbaharu oleh pemerintah autoritarian, Hun Sen, untuk mengekang perbezaan pendapat di negara yang sudah menyekat puluhan siaran dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Antara yang dipenjarakan ialah artis hip-hop, Kea Sokun, yang liriknya mengenai ketidakadilan dan rasuah sudah menyentuh hati golongan muda Kemboja yang tidak berpuas hati.

    Kea Sokun, penyanyi yang mendapat jutaan tontonan di YouTube, berkata polis berpakaian rasmi datang mengetuk pintu rumahnya pada September 2020 dan bertanya ‘siapa yang menyokong saya?’. Dia kemudiannya ditangkap dan disabitkan dengan hasutan dan terpaksa menghabiskan masa setahun di penjara. Pendekatan internet baharu itu akan membawa kepada lebih ramai orang mengalami nasib yang sama.

    “Adalah sukar untuk mengeluarkan pendapat secara bebas. “Mereka menangkap saya untuk menakut-nakutkan orang lain,” katanya kepada AFP.

    Melalui pendekatan baharu itu, apabila beroperasi sepenuhnya, Gerbang Internet Kebangsaan baharu Kemboja akan menyalurkan semua saluran trafik melalui satu pintu masuk yang dikawal oleh kerajaan.

    Penyedia perkhidmatan Internet akan diarahkan untuk menyekat laman web dan perhubungan yang memberi kesan buruk kepada ‘hasil negara, keselamatan, ketenteraman sosial, moral, budaya, tradisi serta adat resam’. – AFP

    Gambar diambil pada 4 Februari menunjukkan orang ramai merakamkan gambar di telefon pintar mereka di sepanjang sebatang sungai di Phnom Penh. Kemboja kini memperkasakan gerbang internetnya, satu langkah yang menurut pembangkang menyekat kebebasan bersuara. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...