Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kenderaan dwi-mod pertama di dunia mula beroperasi

    TOKUSHIMA – Kenderaan dwi-mod yang mampu beroperasi di kedua-dua landasan kereta api dan jalan raya telah memulakan perkhidmatan di Laluan Kereta Api Asa Coast, kereta api yang menghubungkan wilayah Tokushima dan Kochi, menandakan operasi berskala penuh pertama di dunia bagi kenderaan sedemikian.

    DMV ialah bas mini yang disesuaikan dengan kapasiti kira-kira 20 penumpang. Ia beroperasi di sepanjang pesisir kedua-dua wilayah. Selepas majlis meraikan permulaan perkhidmatan baru-baru ini, DMV pertama yang membawa penumpang berlepas kira-kira jam 12:30 tengah hari.

    Perubahan mod

    Dalam pandu uji pada 10 Disember lalu, sebuah DMV yang membawa penduduk tempatan berlepas dari kemudahan kebudayaan Awa Kainan Bunkamura dan bergerak di atas jalan raya. Di Stesen Awa-Kainan di Kaiyo, wilayah Tokushima, roda logam yang disimpan di bahagian bawah kenderaan diturunkan untuk bertukar daripada mod bas ke mod kereta api. Apabila pemandu menekan pemecut, kenderaan itu mula meluncur di sepanjang landasan kereta api.

    “Ia lebih selesa daripada kereta api kerana ia kurang bergegar,” kata seorang penjawat awam berusia 59 tahun dari Anan, Wilayah Tokushima, yang menaiki DMV.

    Kenderaan itu berukuran panjang 8 meter dan lebar 2 meter, dan telah disesuaikan daripada bas mini Toyota Motor Corp. Selain roda kereta api, kenderaan itu dilengkapi dengan sistem pemberitahuan lokasi dan brek yang setara dengan sistem perhentian kereta api automatik.

    Kenderaan dwi-mod Asa Coast Railway kelihatan di Kaiyo, Wilayah Tokushima. – ANN/The Japan News
    DMV berukuran panjang 8 meter dan lebar 2 meter itu telah disesuaikan daripada bas mini Toyota Motor Corp. yang dilengkapi dengan roda kereta api dan sistem pemberitahuan lokasi dan brek yang setara dengan sistem perhentian kereta api automatik. – Agensi

    Laluan utama adalah kira-kira 15 kilometer panjang yang mana kira-kira 10 kilometer adalah landasan kereta api terutamanya bergerak di sepanjang sempadan kedua-dua wilayah. Pada hari bekerja, DMV membuat 26 perjalanan masuk dan keluar, dan 30 perjalanan pada hujung minggu dan hari cuti.

    Pada hujung minggu dan hari cuti, kenderaan itu juga membuat satu perjalanan pergi dan balik dari kemudahan kebudayaan Awa Kainan ke Cape Muroto yang jaraknya kira-kira 50 kilometer setiap perjalanan.

    Laluan Keretapi Pantai Asa berhenti beroperasi setahun lalu. Dua stesen telah diubah suai, dengan platform diturunkan untuk menampung DMV. Sistem DMV berharga 1.6 bilion yen, termasuk tiga kenderaan. “Kami akhirnya berada di garisan permulaan,” kata Toyoki Ihara, pengarah eksekutif Asa Coast Railway Co.

    Asa Coast Railway mula mempertimbangkan projek DMV sekitar tahun 2009. Pada zaman Keretapi Kebangsaan Jepun yang kini tidak berfungsi, pertimbangan telah diberikan untuk melanjutkan laluan dari Tokushima ke Muroto.

    Walau bagaimanapun, bilangan pe-numpang terus berkurangan disebabkan kurangnya populasi dan pengembangan itu dianggap tidak realistik. Idea sistem DMV muncul, yang JR Hokkaido telah pertimbangkan sejak 2002, tetapi digantung. – ANN/The Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...