Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kerajaan campur tangan rangsang mata wang yen

    TOKYO, 22 SEPT – Kementerian kewangan Jepun berkata hari ini ia campur tangan dalam pasaran mata wang bertujuan merangsang yen, yang telah merosot berbanding dolar dalam beberapa bulan ini disebabkan jurang dasar yang besar di antara bank pusat Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

    Ia merupakan campur tangan kerajaan pertama untuk merangsang mata wang sejak 1998 dan diadakan selepas dolar naik kepada hampir 146 yen pada awal hari ini.

    “Walaupun kadar tukaran pada dasarnya ditentukan oleh pasaran, turun naik melampau berpunca daripada spekulasi tidak dapat diterima,” beritahu Menteri Kewangan Shunichi Suzuki kepada wartawan.

    “Oleh itu, kami campur tangan dalam pasaran tukaran asing hari ini. Kami akan terus memantau perkembangan dalam pasaran dan mengambil langkah wajar terhadap turun naik berlebihan,” tambah beliau.

    Tindakan itu, yang membabitkan penjualan dolar dan pembelian yen, melihat dolar merosot kepada AS$140.70 sebelum naik sedikit. Pegawai mata wang Masato Kanda memberitahu wartawan campur tangan bukan dicetuskan yen merosot kepada tahap tertentu.

    Yen telah menjadi semakin lemah berbanding dolar sejak beberapa bulan lalu, tetapi merosot selanjutnya hari ini selepas Rizab Persekutuan AS menambah kadar untuk memerangi inflasi, sementara Bank Jepun masih mengekalkan dasar mata wang yang longgar.

    Inflasi di Jepun sedang meningkat, dengan indeks harga pengguna pada Ogos mencecah 2.8 peratus, tahap tertinggi sejak 2014, tetapi bank pusat menganggap kenaikan bersifat sementara.

    Bank pusat juga percaya dasarnya yang tegas diperlukan untuk mencapai sasaran inflasi dua peratus, dilihat penting untuk merangsang pertumbuhan dalam ekonomi ketiga terbesar dunia.

    Dalam kenyataan selepas mesyuarat hari ini, bank pusat berkata ia tidak akan mengubah dasar sekarang, ‘berhasrat mengekal sasaran kestabilan harga dua peratus, asalkan langkah itu diperlukan.’ – AFP

    Gabenor Bank Jepun Haruhiko Kuroda bercakap semasa sidang media selepas mesyuarat dasar mata wang di ibu pejabat Bank Jepun di Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...