Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kerajaan Malaysia jamin subsidi haji diteruskan

    PUTRAJAYA, 8 APRIL – Kerajaan memberi jaminan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji diteruskan tahun ini, bagaimanapun kadar yang akan ditanggung masih belum diputuskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

    Idris berkata beliau akan berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah susulan jangkaan kos mengerjakan haji pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 ekoran kenaikan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Arab Saudi.

    “Subsidi akan kita bagi, insya-Allah. Berapa kita bagi nanti kita akan maklum saya tak boleh umum lagi, benda itu masih embargo,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

    Semalam, TH dilaporkan berkata kos menunaikan haji meningkat kepada 12 peratus tahun ini berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019, mengambil kira kenaikan cukai tambah nilai (VAT) daripada lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan lain.

    TH mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun lepas walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat setiap tahun.

    Idris berkata selepas perbincangan selesai diadakan dengan TH, beliau akan memberi penerangan kepada jemaah menteri yang akan memutuskan jumlah subsidi yang akan diberikan kepada jemaah haji. – Bernama

    Datuk Idris Ahmad ketika ditemui media. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...