Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kes curi: Verratti rugi lebih AS$3j

    MADRID, 29 JUN – Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Marco Verratti menjadi mangsa kecurian, dengan anggaran kerugian berjumlah sekitar AS$3 juta. Kejadian tersebut berlaku semasa dia pergi bercuti dan menginap di rumah bekas milik penyerang Brazil, Ronaldo di Ibiza, menurut sumber memberitahu AFP, kelmarin.

    Pencuri berkenaan dipercayai telah mengambil beberapa barang kemas dan wang daripada pemain tengah Itali berusia 29 tahun itu, menurut sumber tanpa memberikan maklumat dengan lebih lanjut.

    Pihak polis Sepanyol menjalankan siasatan apabila kes kecurian itu dilaporkan pada pagi Isnin.

    Menurut akhbar tempat, Diario de Ibiza, di mana kerugian yang dianggarkan lebih kurang AS$3 juta, kata Verrati dan ketika kejadian tersebut berlaku, dia dan keluarganya
    tidak berada di dalam rumah berkenaan.

    Kecurian tersebut berlaku beberapa hari selepas pemain tengah Sepanyol dari kelab RB Leipzig, Dani Olmo dirompak di Valencia oleh dua orang suspek yang dipercayai berjaya mencuri jam tangan mewah, menurut akhbar Sepanyol. – AFP

    Gambar fail Marco Verratti beraksi mengawal bola semasa perlawanannya yang lalu. Verratti dipercayai mengalami kerugian lebih kurang AS$3 juta selepas rumah penginapannya kecurian. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...