Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Keselamatan sempadan fokus utama

    NARATHIWAT, 8 MEI – Tentera Diraja Thailand (RTA) menegaskan situasi di sempadan Thailand-Malaysia sentiasa dipantau serta menjadi fokus utama kerajaan demi keselamatan penduduk di kedua-dua negara.

    Komander Divisyen Infantri Ke-15 RTA Mej Jen Chalermporn Khomkhew berkata pihak keselamatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan apa sahaja aktiviti jenayah.

    Beliau berkata setakat ini aktiviti di sempadan Thailand-Malaysia khususnya antara Narathiwat dan Kelantan dalam keadaan terkawal hasil kerjasama baik daripada pihak keselamatan Malaysia.

    “Setakat ini keadaan di sempadan berjalan normal walaupun ketika musim kemarau sekarang ataupun musim banjir sebelum ini. Kita tahu ada beberapa aktiviti yang berlaku sehingga mendatangkan sedikit kerisauan kepada penduduk namun ia dapat diatasi dengan kerjasama tentera dan penduduk.

    “Sebagai contoh sekiranya ada pemilik bot yang ditangkap terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan, bot itu akan dimusnahkan dan penduduk memahaminya,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kem Rejimen Ke-151 Infantri di sini, pada Sabtu.

    Jelasnya di sepanjang Sungai Golok terdapat enam jeti haram dan dua di Waeng yang dikesan sering digunakan untuk kegiatan menyalahi undang-undang dan pihak tentera sentiasa melakukan pemantauan. – Bernama

    Sempadan antara Thailand dan Malaysia yang dipantau keselamatannya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...