Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Khai Bahar tunai janji buat konsert

    Janji penyanyi Khai Bahar bakal tertunai apabila muncul dengan Konsert Nafas Cinta Khai Bahar yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan.

    Konsert sulung Khai itu bagaikan menebus kekecewaan penyanyi lagu Bayang dan Luluh itu selepas pembatalan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia pada Mac, tahun lalu akibat penularan pandemik COVID-19.

    Penyanyi kelahiran Perlis itu berkata, dia terharu kerana dipilih untuk menjayakan konsert berkenaan.

    “Apabila mendapat tawaran mengadakan konsert solo tahun lalu, ia tentunya satu peluang keemasan buat saya. Namun, perancangan Allah lebih baik. Mungkin belum rezeki untuk tampil dalam konsert solo apabila terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor tertentu.

    “Selepas berbincang dengan penganjur biarpun sudah banyak persiapan dilakukan, saya tetap memandang ia dari sudut positif. Saya percaya, setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

    Janji Khai Bahar bakal tertunai apabila muncul dengan Konsert Nafas Cinta Khai Bahar yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan. – Agensi

    “Siapa sangka, saya dapat tawaran daripada Nova Music yang mahu menganjurkan konsert solo ini. Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan,” katanya kepada wartawan.

    Khai berkata, pelawaan Nova Music umpama bulan jatuh ke riba dan pembukaan 2022 yang baik.

    “Selepas melakukan perbincangan, pasukan bersetuju dengan Konsert Nafas Cinta Khai Bahar ini,” katanya.

    Katanya, ramai peminat yang sedih apabila Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan.

    Namun, katanya, kena terpaksa akur dengan situasi semasa akibat penularan COVID-19.

    “Ramai peminat sedih dan kecewa. Saya pula tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana. Ini kerana saya sendiri turut kecewa. Namun, seperti yang katakan, belum rezeki.

    “Namun, kehadiran Konsert Nafas Cinta Khai Bahar ini saya harap dapat mengubat kesedihan peminat. Saya bersama pasukan dan Nova Music akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...