Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    KHEU rai pegawai, kakitangan bersara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Seramai 136 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang bersara pada 2020 (72 orang) dan 2021 (64 orang) telah diraikan pada Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Perkhidmatan di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

    Penyerahan sijil berkenaan adalah atas sumbangan dan jasa mereka sepanjang berkhidmat untuk KHEU.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Yang Berhormat Pehin turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada para pesara dan mendoakan mereka agar selamat di hari-hari persaraan setelah berpuluh tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, dan semoga perkhidmatan mereka akan terhitung di sisi Allah SWT sebagai amal soleh.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan ucapan penghargaan semasa majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan penghargaan semasa majlis berkenaan.
    Antara pegawai dan kakitangan yang hadir semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...