Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lonjakan kos makanan, gas jadi beban

    ATHENS – Warga emas di Greece sedang bergelut untuk menampung kehidupan apabila inflasi yang melambung dan harga tenaga yang tinggi menjejaskan belanjawan isi rumah.

    Selepas mereka kehilangan purata 25 peratus daripada pendapatan semasa penyelamatan berkaitan krisis hutang Greece (2010-2018), lonjakan kos makanan dan pemanasan baru-baru ini menambah kebimbangan mereka.

    Semasa temu bual Xinhua baru-baru ini bersama Christos Vassilopoulos, 82, sedang menambah bil bulanannya. Jumlah keseluruhan, katanya, adalah sangat besar.

    “Pencen saya tidak berubah. Semua benda menjadi semakin mahal. Apa yang boleh dilakukan? Harga melabung tinggi.

    “Awda pergi ke pasar dan cari produk yang dijual dengan harga, katakan, tiga euro (AS$2.93), keesokan harinya, barang yang sama sudah berharga enam euro,” katanya.

    Christos Vassilopoulos ketika ditemui pemberita di salah sebuah kedai kopi di Athens, Greece. – Xinhua
    Kelihatan seorang warga emas membeli sayur-sayuran di salah sebuah pasar di Athens. – Xinhua

    Buat pertama kali dalam tempoh 12 tahun, kerajaan Greece akan meningkatkan pencen sehingga 7 peratus pada 2023.

    Tetapi bagi Vassilopoulos, ini terlalu sedikit dan terlambat, sama seperti subsidi kerajaan untuk bil tenaga.

    Beliau menambah subsidi yang dinyatakan pada bil itu tidak sepadan dengan jumlah yang perlu dibayar.

    Tahun lepas, Vassilopoulos menggunakan gas asli untuk memanaskan pangsapurinya.
    Musim sejuk ini akan berbeza, dia berkata masih tidak tahu bagaimana cara untuk memastikan rumahnya hangat.

    “Ia sangat sukar, keseluruhan keadaan adalah sukar,” kata Georgia, seorang lagi pesara, memberitahu Xinhua di pasar sayur berhampiran.

    Dia berkata dirinya dan penduduk lain di blok flatnya belum membincangkan perkara yang perlu dilakukan untuk memanaskan musim sejuk ini.

    Jika penduduk lain memutuskan untuk tidak menggunakan gas asli untuk pemanasan musim sejuk ini kerana harga yang tinggi, dia perlu bergantung pada penyaman udara dan pemanas ruang, katanya.

    Menurut Penguasa Statistik Hellenic (ELSTAT), kadar inflasi di Greece mencapai 12 peratus pada bulan September.

    Pada bulan yang sama, harga gas asli adalah 332 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada 2021, dan kenaikan masing-masing ialah 65.1 peratus untuk minyak pemanas dan 30.5 peratus untuk elektrik.

    Pada awal Oktober, persatuan pesara negara mengadakan bantahan di ibu negara, menuntut kenaikan pencen minimum daripada 384 euro kepada 650 euro sebulan.

    “Bagaimana sebuah keluarga boleh hidup dengan 400 euro?” Evgenia, jiran Georgia, bertanya.

    Dia berkata dia cuba membantu anak-anaknya untuk membesarkan anak-anak mereka.

    “Saya lebih suka menahan lapar untuk membantu anak-anak, seperti semua ibu bapa lain,” dia mengeluh. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...