Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Khidmat vaksinasi bergerak diteruskan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Kementerian Kesihatan telah memaklumkan bahawa perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak bagi perkhidmatan rumah-ke-rumah akan dijalankan minggu ini bagi pesakit-pesakit yang terpilih sahaja iaitu bagi mereka yang mengalami kesukaran bergerak atau terlantar di katil.

    Makluman tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, perkhidmatan rumah-ke-rumah ini akan dijalankan di beberapa mukim dari jam 9 pagi hingga 2:30 petang pada tarikh-tarikh tertentu.

    Pada hari ini (3 Januari), perkhidmatan telah diadakan di Mukim Gadong A, Mukim Gadong B, Mukim Berakas A, Mukim Berakas B dan Mukim Mentiri.

    Manakala pada 4 Januari, perkhidmatan akan diadakan di Mukim Bato Apoi, Mukim Bokok, Mukim Bangar, Mukim Amo, Mukim Mentiri, Mukim Lumapas, Mukim Kota Batu dan Mukim Liang.

    “Pada 5 Januari 2022 perkhidmatan klinik vaksinasi bergerak akan menuju ke Mukim Pekan Tutong, Mukim Keriam, Mukim Telisai, Mukim Serasa, Mukim Kilanas, Mukim Berakas A, Mukim Berakas B dan Mukim Liang.”

    “Sementara itu, pada 6 Januari nanti perkhidmatan tersebut akan bergerak ke Mukim Telisai, Mukim Pekan Tutong, Mukim Keriam, Mukim Tanjong Maya dan Mukim Berakas B,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Pada 8 Januari pula, perkhidmatan akan diadakan di Mukim Pekan Tutong, Mukim Keriam, Mukim Tanjong Maya, Mukim Berakas B dan beberapa mukim di kawasan Kampong Ayer.

    “Pesakit yang memenuhi kriteria bagi perkhidmatan rumah-ke-rumah ini akan lebih awal dihubungi oleh pihak Kementerian Kesihatan bagi saringan awal, dan mereka diminta untuk memberikan nombor kad pengenalan atau pasport, serta kad (atau nombor) BruHIMS, jika ada,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...