Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Kongres memartabatkan wanita dalam karya sastera

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Sempena Bulan Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei telah diteruskan lagi hari ini dengan tajuk ‘Pemartabatan Wanita dalam Karya Sastera Karya Fatimah Busu dari Perspektif Barat dan Islam.”

Siri pembentangan ke-20 berkenaan menampilkan pemakalah dari Malaysia, iaitu Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Norhayati bin Abdul Rahman dengan dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan DBP, Hajah Annisa binti Haji Moksin.

Antara yang dihuraikan dalam pembentangan kali ini adalah proses peningkatan kedudukan wanita di mata masyarakat, khususnya dalam karya-karya sastera.
Tiga buah karya sastera Fatimah Busu digunakan sebagai data dalam penelitian, menggunakan pendekatan feminis Barat dan Islam.

Seramai 118 orang mengikuti KABSBM secara maya yang terdiri daripada Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab; Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Hajah Sariani binti Haji Ishak, para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara.

Penyelenggaraan KABSBM dengan tema utama ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ itu turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei (MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

KABSBM dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Rabu.

Hajah Annisa semasa mempengerusikan sesi KABSBM yang diadakan secara maya kelmarin. – Gambar serahan DBP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -