Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kontak rapat dibenar keluar rumah selepas keputusan negatif hari kelima

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Bagi ahli keluarga terdiri daripada kontak rapat telah tamat tempoh kuarantin pada hari kelima dan didapati keputusan negatif setelah dilakukan ujian ART maka dalam hal ini mereka dibenarkan untuk keluar rumah meski pun terdapat ahli keluarga terdekat yang masih mengalami jangkitan COVID.

    Tetapi semasa tempoh kuarantin tersebut, ahli keluarga yang dijangkiti COVID mestilah tidak bergaul dengan keluarga yang tinggal serumah. Jika tidak, mereka perlu mengira semula tempoh kuarantin mereka mengikut hari terakhir mereka berkumpul.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media yang diadakan di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Selain itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menerangkan mengenai mereka yang menjalani kuarantin bahawa pesakit perlu mengasingkan diri dengan segera dan ahli keluarga hendaklah membersihkan persekitaran rumah dengan menggunakan produk pencuci biasa bagi membendung penularan.

    Yang Berhormat Dato turut menjelaskan bahawa makanan untuk pesakit mestilah dikhaskan dan tidak boleh dikongsikan dengan ahli keluarga yang lain.

    “Begitu juga penyediaan makanan dan minuman yang khusus bagi ahli keluarga yang berasingan dan jangan sesekali berkongsi hidangan maka dalam hal ini jika terdapat lebihan hidangan mereka adalah sewajarnya dibuang dengan serta-merta bagi mengelak sebarang jangkitan yang lain,” tekannya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...