Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Korea S laksana sekatan unilateral pertama terhadap Korea Utara

    SEOUL, 14 OKT – Korea Selatan pada Jumaat menyenaraihitam 15 individu dari Korea Utara dan 16 institusi dalam sekatan unilateral pertamanya terhadap Pyongyang sejak lima tahun sebagai tindak balas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu yang semakin meningkat oleh unit operasi nuklear taktikal.

    Individu tersenarai termasuk pegawai di firma perkapalan dan organisasi berkaitan dengan program peluru berpandu Utara, serta mereka yang terlibat dalam perolehan bekalan senjata pemusnah besar-besaran, lapor agensi berita Yonhap.

    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya beberapa siri provokasi peluru berpandu Korea Utara dengan kekerapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan cadangan penggunaan nuklear taktikal terhadap kami,” menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

    Sekatan baharu itu diumumkan ketika Korea Utara meningkatkan ketegangan di semenanjung Korea dengan serangan peluru berpandu provokatif bertubi-tubi dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini. Ini menandakan kali pertama kerajaan Korea Selatan mengenakan sekatan ke atas Korea Utara sejak 2017 susulan ujian nuklear keenam Pyongyang. 

    Kementerian Luar juga akan mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan tambahan ke atas Pyongyang sekiranya negara itu melakukan provokasi selanjutnya.

    “Sekatan unilateral terkini amat penting kerana (langkah sedemikian) diambil buat kali pertama dalam tempoh lima tahun dan ini bukanlah pengakhiran.” – Bernama

    Siaran berita memaparkan imej tentera Korea Utara melancarkan latihan ketenteraan, kelmarin. Korea Selatan telah menyenaraihitam 15 individu dari Korea Utara dan 16 institusi dalam sekatan unilateral pertamanya terhadap Pyongyang sejak lima tahun.– AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...