Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Krisis Pakistan semakin buruk, tentera dikerahkan

    NEW DELHI, 10 MEI – Pakistan semakin terjerumus ke dalam pergolakan politik apabila bekas perdana menteri Imran Khan ditahan polis hari ini dengan protes berterusan berlaku di seluruh negara.

    Berpuluh-puluh pemimpin dan anggota parti Tehreeke Insaf (PTI) Pakistan, ditahan dalam serbuan polis di seluruh negara ketika kerajaan cuba mengawal kemarahan orang ramai terhadap penahanan pemimpin popular itu.

    Mereka yang ditahan termasuk setiausaha agung PTI, Asad Umar dan bekas gabenor wilayah Punjab, Omar Sarfaraz Cheema.

    Asad ditahan di premis Mahkamah Tinggi Islamabad.

    Bekas timbalan speaker Dewan Negara, Qasim Khan Suri berkata polis menyerbu rumahnya dan isterinya turut ditahan semasa protes di Islamabad kelmarin.

    Tentera Pakistan dikerahkan ke wilayah Punjab yang dihuni kira-kira separuh daripada 230 juta penduduk negara itu ekoran keadaan undang-undang dan ketenteraman yang semakin merosot, lapor saluran televisyen Pakistan.

    Pemimpin kanan PTI mengutuk penahanan ahli politik berusia 70 tahun itu dan menyifatkannya sebagai tahanan secara haram kerana dendam politik. – Bernama

    Askar separa tentera dikerahkan berkawal di Karachi, Pakistan pada 10 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...