Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    KUPU SB ajak tingkat ketakwaan di bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Majlis Persatuan Pelajar, Sesi 2021/ 2022, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini telah mengadakan Program Ihya Syabab Al-Wathan di Surau KUPU SB.

    Program itu diisikan dengan ceramah bertajuk ‘Bulan Ramadan, Bulan Al-Quran’ yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, KUPU SB, Awang Hilman bin Haji Salim.

    Dalam ceramahnya, Awang Hilman menyentuh mengenai ganjaran membaca Al-Quran yang digandakan kerana ia merupakan ibadat teragung di bulan yang suci ini.

    Dengan memperbanyakkan bacaan, hafalan dan tartil serta tadabbur menjadi sebab akan mendapat syafaat al-Quran.

    Beliau menambah, antara ibadat-ibadat yang terkait dengan Al-Quran dalam bulan Ramadan adalah tilawah, khatam, menambah hafalan walau sedikit, mengkhususkan waktu untuk tadabbur, mempelajari hikmah dan ’ibrah, membaca tafsir, tadabbur dan tafakur semasa membacanya, dan terakhir sekali adalah sedaya upaya menghadirkan hati semasa membacanya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Program Ihya Syabab Al-Wathan akan berlangsung selama lima hari pada tarikh dan di masjid-masjid terpilih di Daerah Brunei dan Muara dengan program seterusnya akan diadakan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong pada 16 April ini.

    Program berkenaan akan diisikan dengan aktiviti berbuka puasa bersama-sama dan Qiyamullail pada malam-malam terakhir bulan Ramadan.

    Program seumpamanya merupakan satu usaha bagi melibatkan warga KUPU SB dan belia-belia untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan di bulan Ramadan dengan amalan-amalan seperti solat berjemaah, membaca Al-Quran selain memperbanyakkan zikir dan sedekah.

    Awang Hilman ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Bulan Ramadan, Bulan Al-Quran’.
    Antara yang mengikuti program berkenaan yang berlangsung di Surau KUPU SB, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...