Monday, April 29, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    La Nina diramal hingga akhir tahun

    GENEVA, 31 OGOS – Agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan fenomena La Nina dijangka berlarutan hingga penghujung tahun ini – fenomena cuaca yang kesannya ke atas corak iklim seperti kemarau dan banjir selama tiga tahun berturut-turut atau ‘triple dip’, yang pertama kali berlaku pada abad ini, masih menjadi misteri.

    Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) hari ini berkata keadaan La Nina, iaitu penyejukan suhu permukaan lautan secara besar-besaran, sudah bertambah kukuh di timur dan tengah khatulistiwa Pasifik dengan peningkatan pertukaran angin sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

    Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas, yang juga pegawai tertinggi agensi itu, turut memberi amaran bahawa ‘triple dip’ tidak bermaksud pemanasan global semakin reda.

    La Nina ialah penyejukan semula jadi dan kitaran bahagian Pasifik khatulistiwa yang mengubah corak cuaca di seluruh dunia, berbanding dengan pemanasan disebabkan oleh El Nino, yang lebih dikenali sebagai fenomena bertentangan.

    La Nina sering membawa lebih banyak taufan Atlantik, kurang hujan dan banyak kebakaran hutan di barat AS selain kerugian pertanian di tengah AS.

    Kajian menunjukkan La Nina lebih merosakkan di AS berbanding El Nino.

    Saintis berkata, El Nino, La Nina dan keadaan neutral dipanggil ENSO, mengakibatkan antara kesan semula jadi terbesar pada iklim. – AP

    Penduduk setempat mengayuh melalui jalan banjir di Windsor Sydney, Australia pada 5 Julai lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...