Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lagi bot pendatang asing karam, 5 lemas 3 masih hilang

    KOTA TINGGI, 20 JAN – Kira-kira lima pendatang asing warga Indonesia ditemukan lemas, manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian bot karam kira-kira satu batu nautika dari  Teluk Ramunia, Pengerang, di sini, pagi tadi. 

    Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata dalam kejadian pukul 4:50 pagi itu, 19 orang lagi terdiri daripada 10 wanita dan sembilan lelaki, ditemukan selamat terapung di lokasi kejadian.

    “Dua mayat wanita ditemukan bersama dengan yang terselamat, manakala tiga lagi mayat wanita ditemukan kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi kejadian pada 7:30 pagi tadi,” kata beliau dalam satu kenyataan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pengerang di sini, hari ini. 

    Kesemua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat, manakala yang selamat berumur antara 20 dan 40 tahun itu, dibawa ke Pos Angkatan Tentera Malaysia Tanjung Sepang, di sini. 

    Menurut beliau, bot kayu sepanjang 15 meter (m) dengan tiga enjin masing-masing berkuasa 200 kuasa kuda itu, dipercayai dari Tanjung Tondang, di Pulau Bintan, Indonesia dan ingin mendarat di Teluk Ramunia.

    “Difahamkan bot berkenaan boleh bergerak selaju 80 kilometer sejam dengan kapasiti 27 penumpang, manakala jarak dari Pulau Bintan ke Teluk Ramunia kira-kira 17.7km dan sempadan Indonesia/Malaysia kira-kira enam batu nautika yang boleh mengambil masa hanya setengah jam.

    “Kami percaya bot kayu berkenaan dipandu terlalu laju dengan ombak setinggi satu hingga 1.5m selain kelajuan angin, menyebabkan bot tidak stabil lalu karam,” kata beliau. – Bernama

    Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria (kanan) menunjukkan lokasi kejadian bot karam di Teluk Ramunia semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...