Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Lahirkan pengguna jalan raya berdisiplin

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Seramai 105 orang pelajar dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan dan Sekolah Petrokimia, Politeknik Brunei (PB) telah menghadiri Taklimat Asas Pemanduan Berhemah 3K yang diadakan di PB Kampus Lumut, Daerah Belait,
    kelmarin.

    Taklimat anjuran Pusat Perkembangan dan Inovasi Pelajar (CSDI) PB dengan kerjasama Persatuan Motosikal Brunei Darussalam (PEMODA) itu merupakan kesinambungan daripada projek rintis PEMODA sebagai rakan kongsi dalam kesedaran keselamatan jalan
    raya dengan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    Taklimat yang disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PEMODA, Awang Mohamad Shah’rin bin Shahbuddin itu bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pemandu muda tentang keselamatan dalam pemanduan dan memperkenalkan program 3K (Kongsi, Kenal Pasti dan Kawal) sebagai garis panduan mereka.

    Turut hadir pada taklimat tersebut ialah Ketua Sekolah Sains dan Kejuruteraan, PB, Haji Mohammad Reizal bin Mohammad Ali selaku tetamu kehormat.

    Taklimat tersebut diharapkan akan dapat melahirkan pengguna jalan raya yang berpengetahuan, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam mematuhi peraturan-peraturan serta undang-undang lalu lintas di Negara Brunei Darussalam dan membudayakan keselamatan sebagai keutamaan.

    Awang Mohamad Shah’rin semasa menyampaikan taklimat di PB Kampus Lumut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...