Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lanmei Airlines kendali penerbangan setiap minggu

    SEPANG, 29 MEI – Syarikat penerbangan Kemboja, Lanmei Airlines akan mengendalikan penerbangan terus setiap minggu di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (PNH) Kemboja dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkuat kuasa, kelmarin.

    Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan penerbangan PNH-KLIA pada setiap Sabtu.
    Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Darren Chan Chee Seng berkata, syarikat penerbangan itu berhasrat meningkatkan kekerapan penerbangan daripada sekali seminggu pada masa ini kepada dua kali seminggu, dan seterusnya, melaksanakan penerbangan harian sekiranya menerima permintaan yang tinggi.

    “Pengembara pada masa ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat Malaysia yang pulang dari bekerja di Kemboja, kumpulan pelancong dari Kemboja yang melawat Malaysia, selain turut menghubungkan penumpang dari China ke Malaysia.

    “Malaysia merupakan lokasi yang amat strategik (untuk pelancongan). Rakyat Kemboja kini lebih bijak untuk mengembara.

    “Mereka mengembara ke Bangkok (Thailand), Malaysia dan Singapura pada masa ini untuk membeli-belah, dan dengan ekonomi yang berkembang di Kemboja, lebih ramai rakyatnya akan melancong ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan itu ke KLIA di sini hari ini.

    Penerbangan Lanmei Airlines LQ770 berlepas dari Phnom Penh pada 2 petang dan penerbangan pergi balik LQ771 berlepas dari KLIA pada 6 petang hari yang sama. – Bernama

    Ketibaan pesawat Lanmei Airlines LQ 0771 dari Phnom Penh, Kemboja diberi sambutan ‘water salute’ sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...