Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Laporan: COVID belum boleh dianggap endemik

    LOS ANGELES, 11 MEI – Pakar kesihatan berpendapat COVID belum lagi menjadi endemik, lapor Xinhua memetik surat khabar Amerika USA Today.

    Meskipun pakar kesihatan menjangkakan kes akan meningkat, mereka berkata gelombang itu tidak akan seteruk dua musim panas sebelumnya atau sepantas lonjakan varian Omicron bagi koronavirus, kata laporan itu.

    Ancaman koronavirus tidak dapat dijangkakan bagi musim panas ini, tetapi pakar mempunyai beberapa teori. Senario kes terburuk adalah kemunculan varian yang tidak boleh ditumpaskan oleh vaksin dan jangkitan sebelumnya, menyebabkan gelombang besar kes, kemasukan ke hospital dan kematian, menurut laporan yang dikeluarkan pada Isnin.

    “Lonjakan penuh sepanjang musim panas sangat bergantung pada varian yang muncul sepenuhnya. Ia cenderung menjadi pencetus terbesar yang menyumbangkan kepada lonjakan kes,” kata profesor epidemiologi di Institut Kesihatan Awam Bloomberg Johns Hopkins Dr Keri Althoff. – Bernama

    Seorang pekerja mengukur sukatan protein ketika menyelidiki vaksin dan protein di Makmal Veesler di Universiti Washington pada 10 Mei 2022 di Seattle, Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -