Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lebih 100 menderma darah di Bank Baiduri

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tahunannya, Kumpulan Bank Baiduri telah mengadakan kempen derma darah dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

    Pada tahun ini, lebih 100 orang yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan Bank Baiduri dan orang ramai hadir untuk menderma darah.

    Inisiatif itu bertujuan untuk membantu menambah bekalan darah yang rendah di Tabung Darah, Hospital RIPAS dan telah dianjurkan sejak 2009 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan tersebut.

    Seperti tahun sebelumnya, perantis daripada Program Perantisan Siswazah Bank Baiduri (GAP) diberi tanggungjawab untuk mengatur dan menguruskan keseluruhan acara.

    Turut menghadiri kempen itu ialah Ketua Kumpulan Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan, Veronica Chong, yang turut menderma darah.

    Beliau berkata, “Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kami menerima sokongan yang luar biasa daripada kakitangan kami dan orang ramai yang berkumpul untuk tujuan yang baik.

    “Terdapat keperluan berterusan untuk darah di hospital kita dan aktiviti seperti ini penting untuk membantu mengekalkan bekalan yang mencukupi dalam tabung darah negara,” ujar beliau lagi.

    Bagi menyokong komuniti tempatan melalui inisiatif CSR bank tersebut, vendor tempatan seperti Energy Juice Bar, Roots, Hilda Bakes, Chug-a-coffee dan Melts Muskmelon turut hadir untuk menjual produk mereka.

    Antara yang hadir menderma darah semasa kempen tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...