Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lebih 600 pelajar terima derma

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Lebih kurang 650 orang pelajar dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dan SMARTER Brunei telah menerima derma pada Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim dan Kurang Berkemampuan yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPKJB) bersama Kumpulan YMRM dan Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam itu ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko yang juga menyempurnakan penyampaian derma berkenaan.

    Pengurus Kumpulan YMRM, Ramesh Jiwatram Bhawnani juga menyampaikan sumbangan berupa kain dan makanan (tapau) secara pandu lalu.

    Juga hadir ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

    Majlis juga diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang telah dipimpin oleh ketua imam Majlis Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam sebelum majlis berbuka puasa.

    Antara tujuan majlis adalah untuk membantu keperluan para penerima dari kedua-dua persatuan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri serta meraih pahala dan ganjaran di bulan Ramadan yang mulia ini.

    TYT Dr Sujatmiko juga menyempurnakan penyampaian derma pada majlis berkenaan.
    Pengiran Mohammad Amirrizal menyampaikan derma kepada salah seorang penerima pada majlis yang diadakan baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...