Wednesday, May 1, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    ‘Lebih banyak kematian cacar monyet dijangka’

    COPENHAGEN, 31 JULAI – Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah hari ini menjangkakan lebih banyak kes kematian akibat cacar monyet ekoran laporan kematian pertama di luar Afrika, selain menegaskan komplikasi teruk masih jarang berlaku.

    Pegawai Kecemasan Kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood, dalam kenyataan menjangkakan situasi itu susulan penularan cacar monyet berterusan di Eropah.

    Beliau menegaskan matlamatnya perlu ‘membendung penularan pantas di Eropah dan menghentikan wabak itu’, selain menjelaskan kebanyakan kes penyakit itu sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan.

    “Pemberitahuan kematian akibat cacar monyet tidak mengubah penilaian kami terhadap penularan di Eropah. Kami tahu cacar monyet boleh menyebabkan komplikasi teruk, walaupun mengasingkan diri dalam kebanyakan kes.

    “Sebab biasa pesakit mungkin memerlukan rawatan di hospital termasuk bantuan dalam menguruskan kesakitan, jangkitan sekunder dan sebilangan kecil kes memerlukan pengurusan komplikasi mengancam nyawa seperti ensefalitis,” katanya.

    Kementerian Kesihatan Sepanyol merekodkan kes kematian kedua cacar monyet hari ini, sehari selepas Sepanyol dan Brazil melaporkan kematian pertamanya.

    Pihak berkuasa Sepanyol tidak memberikan punca khusus bagi kematian, sementara menunggu keputusan bedah siasat, manakala pihak berkuasa Brazil menjelaskan lelaki yang maut itu mempunyai ‘keadaan serius lain’. – AFP

    Pekerja kesihatan Jabatan Kesihatan Bandar New York bekerja di khemah di mana individu didaftar untuk menerima vaksin cacar monyet di Bandar New York pada 29 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...