Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lee Jong Suk mengaku bercinta dengan IU 

    Pelakon, Lee Jong Suk akhirnya mengakhiri spekulasi apabila mengesahkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi dan aktres, IU.

    Allkpop melaporkan perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan Jong Suk iaitu HighZium Studio.

    Wakil syarikat berkenaan memberitahu Jong Suk, 33, dan IU atau Lee Ji Eun, 29, sebelum ini hanya berkawan rapat namun memutuskan untuk menjalani hubungan serius sebagai pasangan kekasih.

    “Pelakon Lee Jong Suk dan IU baru-baru ini menjadi sahabat rapat dan akhirnya mereka mengekalkan hubungan yang lebih serius.

    “Diharap peminat dapat memberi sokongan untuk pasangan ini meneruskan perhubungan cinta mereka,” katanya.

    IU dan Lee Jong Suk sah bercinta. – Agensi

    HighZium Studio berkongsi perkara itu menerusi kenyataan media yang dibuat pada 31 Disember.

    Dalam pada itu, peminat menyambut gembira berita berkenaan dan menyifatkan pasangan itu sangat secocok bersama.

    “Saya setuju kalau mereka berdua jadi pasangan kekasih.

    “Berita paling gembira untuk akhir tahun ini. Saya suka pasangan ini, Lee Jong Suk dan IU,” tulis warganet.

    Sebelum ini, Dispatch mendedahkan foto pasangan tersebut yang didakwa bercuti di Nagoya, Jepun ketika perayaan Hari Natal sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

    Jong Suk turut membuat ucapan terima kasih kepada seorang individu istimewa ketika menerima trofi kemenangan di 2022 MBC Drama Awards yang menguatkan lagi pasangan itu mempunyai hubungan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...