Monday, May 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Liga Futsal Brunei 2023 disambung semula

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Pembukaan Liga Futsal Brunei 2023 disambut meriah susulan sekatan yang membawa kepada tempoh rehat yang panjang akibat pandemik COVID-19 di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) malam tadi.
    Minggu pertama perlawanan bola sepak menyaksikan pencabar kuat Kasuka & Ar Rawda berdepan pasukan bukan pilihan PES yang mana kedua-duanya cuba bersaing untuk mendapatkan tiga mata penuh.

    Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Rosfadillah bin Haji Yusli hadir pada majlis perasmian selaku tetamu kehormat.

    Acara yang dinanti-nantikan itu bermula dengan kedua-dua pasukan memasuki gelanggang permainan diiringi dengan tema rasmi Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD).

    Acara diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan seterusnya tetamu kehormat diperkenalkan kepada kedua-dua pasukan.

    Tetamu kehormat kemudian menyertai sesi bergambar ramai dengan kedua-dua pasukan sebelum perlawanan dimulakan.

    Kali terakhir liga tersebut diadakan pada Jun 2021, tetapi ia hanya bertahan selama dua bulan berikutan gelombang kedua pandemik di negara ini.

    Tahun lalu, aktiviti futsal disambung semula selepas pelancaran Piala Futsal Brunei yang dimenangi oleh MS ABDB yang kini dikenali sebagai Perwira.

    Turut hadir pada majlis itu ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD.

    Pertandingan akan diteruskan lagi dengan perlawanan antara Arbisyam FC dan GG Indera SC Futsal di Kementerian Pertahanan esok.

    Timbalan Pengarah Belia dan Sukan bergambar ramai bersama kedua-dua pasukan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...