WASHINGTON, 20 NOV – Sekurang-kurangnya lima terkorban dan 18 cedera hari ini dalam kejadian tembakan besar-besaran di sebuah kelab malam homoseksual di bandar Colorado Springs, Amerika Syarikat.
“Dengan berat hati saya terpaksa memberitahu awda bahawa berlaku kejadian tembakan di sebuah kelab tempatan petang ini,” kata jurucakap polis Pamela Castro.
“Kira-kira 18 orang cedera dan lima maut. Jumlah itu tertakluk kepada perubahan kerana siasatan masih diteruskan,” katanya.
Menurut Castro, polis menerima panggilan kecemasan sebelum tengah malam Sabtu mengatakan berlakunya tembakan aktif di sebuah kelab tempatan dikenali sebagai Kelab Q.
Beliau berkata pasukan perubatan dan pegawai bertindak balas dan ‘mereka menemui seorang individu yang dipercayai suspek dalam bangunan.’ – AFP
