Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Liverpool benam Leeds, rapat jurang City

    LIVERPOOL, 24 FEB – Mohamed Salah dan Sadio Mane kedua-duanya meledak dua gol untuk membantu Liverpool merapatkan jurang dengan Manchester City kepada tiga mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Leeds 6-0 di Anfield.

    Salah mencatat rekodnya untuk musim ini kepada 27 dalam 31 penampilan dan mencipta gol yang jarang berlaku untuk Joel Matip ketika pasukan The Reds mencatatkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua kejohanan.

    Mane menambah penderitaan Leeds dengan dua gol pada 10 minit terakhir sebelum tandukan Virgil van Dijk melengkapkan jaringan kemenangan.

    Perhatian kini beralih kepada perlawanan akhir Piala Liga Ahad menentang Chelsea untuk anak buah Jurgen Klopp dan mereka kekal dalam usaha memburu kejuaraan EPL kedua dalam tempoh tiga tahun dengan pertembungan menentang City masih membara pada April.

    “Saya fikir bagi orang di luar adalah lebih senang untuk melihat jurang tiga atau enam mata daripada mempunyai jurang 20 atau 30 mata, jadi ia jauh lebih menarik,” kata Klopp.

    “Tetapi kami perlu memenangi banyak perlawanan menentang semua lawan yang sukar dan itu akan menjadi tugas yang sukar. Kami akan mencuba.”

    Di hujung jadual yang lain, Leeds melihat kesukaran semakin menghimpit mereka terumata selepas Burnley menang 1-0 ke atas Tottenham sekali gus menyaksikan mereka hanya berbeza tiga mata dari zon penyingkiran.

    “Kami sedang bertarung dengan penyingkiran,” kata bos Leeds, Marcelo Bielsa. “Sudah tentu ia membimbangkan saya, bagaimana ia tidak akan berlaku?” – AFP

    Reaksi pemain-pemain Liverpool meraikan kemenangan dalam perlawanan EPL menentang Leeds United kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...