Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Madrid sedia hadapi City

    BARCELONA, 14 MEI – Real Madrid bersedia untuk kunjungan penentuan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City setelah berjaya mengatasi Getafe dengan kemenangan 1-0 semalam dalam La Liga.

    Kemenangan tipis juara bertahan itu memastikan pendahulu Barcelona mesti menewaskan saingan mereka, Espanyol hari ini di Cornella untuk merangkul kejuaraan hujung minggu ini.

    Marco Asensio membuka tirai jaringan pada minit ke-70 dengan rembatan melencong dari jarak jauh, dalam permainan yang menawarkan beberapa peluang.

    Kemenangan Madrid menyaksikan mereka naik sementara di tempat kedua di atas Atletico Madrid, 11 mata di belakang Barcelona.

    Carlo Ancelotti banyak melakukan rotasi pemain bagi memastikan pemain utamanya tidak cedera menjelang perlawanan kedua menentang City kendalian Pep Guardiola, berikutan keputusan seri 1-1 Selasa lalu di Madrid.

    Marco Asensio meraikan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan antara Real Madrid dan Getafe di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol, semalam. – AP

    Ancelotti mengatur barisan dengan hanya tiga pemain yang bermula dalam perlawanan pertama, penjaga gol Thibaut Courtois, Eduardo Camavinga dan Fede Valverde.

    Camavinga terpaksa meninggalkan padang di saat akhir perlawanan kerana mengalami sakit lutut selepas pertembungannya dengan Juan Iglesias.

    Ancelotti berkata pemain tengah Perancis itu tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

    “Dia hanya mengalami kecederaan ringan pada lututnya, tetapi dia akan pulih dengan cepat,” beritahu Ancelotti kepada wartawan.

    Apa yang paling mengujakan penyokong Madrid dalam separuh masa pertama adalah apabila pasukan itu mempersembahkan piala Copa del Rey yang dimenangi mereka pada hujung minggu lepas di Seville kepada Santiago Bernabeu.

    Selain itu, separuh masa pertama tidak mempamerkan aksi hebat di kedua-dua belah pasukan, dengan penyerang Belgium Eden Hazard kelihatan kurang bersemangat dalam perlawanannya pertama dalam Liga sejak September. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...