Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Kerja-kerja mencuci Tangki Air Katok ‘A’ akan dilaksanakan pada 11 Oktober bermula 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai dijalankan.

    Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR), dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, menyatakan beberapa kawasan akan terjejas akibat kerja-kerja pencucian tersebut antaranya, Simpang 207, 215, 217, 241, 255, 273, 289, 305 Kampung Tungku Gadong, sepanjang Simpang 355 STKRJ Kampung Katok A dan sekitarnya yang akan mengalami masalah bekalan air.

    Manakala di Daerah Belait pula, akan berlaku gangguan bekalan air atau tekanan air rendah di kawasan sepanjang Jalan Kecil Sungai Bakong Lumut dan sekitarnya mulai 9 malam ini sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Gangguan bekalan air atau tekanan air rendah ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penggantian paip air PE berukuran 125mm diameter di Simpang 81 dan 87, Jalan Kecil Sungai Bakong Lumut, Daerah Belait.

    Sementara itu, jabatan juga telah mengesan kebocoran paip air ductile iron berukuran 150mm diameter berdekatan Simpang 3405, Jalan Labi dan kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan pada masa ini. Kebocoran akan menyebabkan kawasan Mukim Labi dan sekitarnya mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi).

    Walau bagaimanapun, pihak jabatan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani masalah-masalah bekalan dan tekanan air rendah tersebut dan berusaha melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    Pihak jabatan juga memohon semua pihak berjimat cermat dalam penggunaan air dan menghubungi talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...