Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara Jalan Perdana Menteri

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Perdana Menteri pada 25 dan 27 Februari bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi kerja-kerja pembersihan kalbat dan longkang.

    Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan berkenaan untuk untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...