Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Makmurkan masjid dengan majlis tadarus

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 5 APRIL – Sebagai syiar untuk memakmurkan masjid, surau dan balai ibadat di negara ini, rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang, Tutong, hari ini.

    Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan KHEDN dan Jabatan-jabatan di bawahnya tahun 1443H/2022M bagi Daerah Tutong itu diselenggarakan oleh Pejabat Daerah Tutong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit Beruang.

    Rombongan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Masjid RPN Kampung Bukit Beruang, Awang Muhd Aisamuddin bin Haji Selaman.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian wakaf berupa air blower dan water jet yang diserahkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Awang Muhd Aisamuddin.

    Majlis kemudian disusuli dengan penyampaian derma kepada seramai 30 orang anak yatim RPN Kampung Bukit Beruang.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu program kementerian bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak kementerian dengan pemimpin akar umbi dan penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong.

    Di samping itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan kementerian dalam meraih manfaat dan pahala di bulan Ramadan ini.

    Rombongan kementerian berkenaan akan meneruskan majlis sama di daerah lain.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar ketika menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan wakaf kepada Awang Muhd Aisamuddin pada majlis yang berlangsung di Masjid RPN Kampung Bukit Beruang, Tutong, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...