Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Malam Munajat tekankan patuh SOP

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang memasuki kali ke-20, diteruskan lagi kelmarin dengan penyertaan warga Kementerian Pembangunan dan para Muslimah masjid.

    Di samping itu, sebanyak 57 buah masjid seluruh negara juga mengikuti acara tersebut secara maya.

    Hadir pada acara berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduk Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan bersama pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan secara maya dari Surau Kementerian Pembangunan.

    Ini diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Penolong Pensyarah Diploma ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Haji Muhammad Farid bin Haji Mohd Yassin secara maya dari Mushalla ITQSHHB.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah yang mengikuti majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengetuai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

    Pengisian Malam Munajat minggu diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Sihat Dengan Zikir’ yang disampaikan oleh Penguasa Dakwah dan Tabligh, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.

    Dalam tazkirah itu, beliau antara lain menyentuh mengenai pematuhan terhadap perlaksanaan SOP untuk menjaga kesihatan fizikal dan menjaga kesihatan rohani dan mental.

    “Ada SOP nya yang perlu dipatuhi, iaitu dengan mendirikan sembahyang, berzikir dan beristighfar,” ujarnya.

    Kemudian acara disusuli dengan bacaan Doa Munajat bagi memohon keampunan dari Allah SWT dan terhindar daripada bala bencana serta penyakit berbahaya.

    Majlis turut diserikan dengan bacaan Selawat Ibrahimiyyah.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...