Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Malaysia lapor 5,720 kes baharu

    KUALA LUMPUR, 3 FEB – Kes baharu COVID-19 dalam negara tidak banyak berubah apabila 5,720 kes direkodkan hari ini berbanding 5,736 semalam (2 Februari). 

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,887,780  setakat 12 tengah hari tadi.

    Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 43 melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori 1 dan 2.

    “Daripada kes hari ini juga, sebanyak 130 adalah kes import dan 5,590 kes tempatan manakala 114 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...