Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Malaysia sokong OPEC+ kekalkan kestabilan minyak global

    KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Malaysia hari ini menyatakan komitmen untuk terus menyokong Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dalam usaha proaktif bagi mengekalkan kestabilan pasaran minyak global berikutan ketidaktentuan semasa yang ketara.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pasaran minyak global masih tidak menentu berikutan faktor-faktor seperti keadaan pasca pandemik, peningkatan tekanan inflasi, kebimbangan mengenai kekurangan makanan, cabaran geopolitik serta perkembangan berkaitan iklim di negara-negara ekonomi utama.

    “Menerusi Deklarasi Kerjasama (DoC) yang dimeterai pada 10 Dis, 2016, OPEC+ mempunyai mekanisme mantap bagi menangani cabaran pasaran, termasuk sistem pelarasan pengeluaran minyak yang terbukti berkesan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Mustapa berkata sejak DoC itu diperkenalkan, negara-negara anggota OPEC+ termasuk Malaysia telah menjalin kerjasama erat yang mendorong kepada kestabilan dalam pasaran minyak antarabangsa.

    “Malaysia juga percaya kerjasama erat seumpamanya perlu diteruskan apalagi dalam keadaan kita berkemungkinan berdepan ketidakpastian ketara dalam pasaran tenaga,” katanya.

    Setakat petang Jumaat, minyak mentah Brent berada di paras AS$100.10 setong. – Bernama

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang juga Ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan khas itu di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...