Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Malaysia ungguli acara sepak takraw beregu lelaki

    BANGKOK, 31 JULAI – Skuad sepak takraw Malaysia berjaya merangkul gelaran juara pada final acara beregu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 selepas menewaskan Laos 2-1 di  Bangkok kelmarin. 

    Ini merupakan satu-satunya gelaran dimenangi skuad sepak takraw Malaysia pada kejohanan kali ini. 

    Gandingan Muhammad Noraizat Nordin, Aidil Aiman Azwawi dan pemain simpanan, Muhammad Afifuddin Mohd Razali menewaskan pasukan Laos yang dibarisi Noum Souvannalist, Laksanaxay Bounphaivanh dan pemain simpanan, Kantana Nanthisen dengan 25-24, 14-21, 21-18.

    Pada set pertama, gandingan Malaysia yang mendahului permainan terpaksa terikat pada 24-24, namun Malaysia telah mendapat servis dan berjaya menoktahkan kemenangan dengan 25-24. 

    Pada set kedua, Malaysia ketinggalan 12-15 berikutan kesilapan pemain termasuk servis dan pukulan, walaupun Muhammad Afifuddin dimasukkan, ia gagal menggalas cabaran dan pasukan Malaysia terpaksa akur dengan 14-21.

    Pada set penentuan, gandingan Muhammad Noraizat dan Aidil yang mendahului Laos 14-13 berjaya mengutip empat mata berturut-turut. – Bernama

    Skuad sepak takraw Malaysia bergambar bersama Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF), Datuk Suhaili Abdul Rahman (tengah) selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...