Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Mayat dua anak damit ditemui dalam penyejuk beku

    MARSEILLE, 6 DIS – Mayat dua anak damit baru lahir yang ditemui dalam penyejuk beku seorang wanita di selatan Perancis tidak mati secara semula jadi, kata pendakwa semalam.

    “Kedua-dua anak damit itu tidak lahir mati,” beritahu Florence Galtier, pendakwa di selatan bandar Avignon, kepada AFP, memetik laporan bedah siasat.

    Kematian mereka ‘bukan semula jadi,’ tambahnya, selepas penemuan di rumah seorang wanita berusia 41 tahun yang ditahan pada Khamis lalu di selatan kampung Bedoin.

    Wanita itu didakwa pada Jumaat kerana disyaki membunuh dua anak damit itu.

    Masih tidak pasti sama ada dia adalah ibu kepada mangsa anak damit perempuan tersebut.

    Bedah siasat menunjukkan anak damit telah dipukul menyebabkan lebam ‘kranium’, dipercayai punca yang membawa kepada kematian.

    Galtier berkata masih tidak jelas sama ada kecederaan berpunca daripada keganasan atau terjatuh, kekurangan jagaan atau sebab lain.

    Juga tidak pasti sama ada kedua anak damit itu adalah kembar atau mempunyai tali persaudaraan. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...