Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Nafuzi ketuai KDA FC

    ALOR SETAR, 6 DIS – Kedah Darul Aman FC (KDA FC), kelmarin mengumumkan Mohd Nafuzi Mohd Zain sebagai Ketua Jurulatih yang baharu selama dua tahun bermula musim 2023.

    Pelantikan bekas pengendali Terengganu FC (TFC) itu diumumkan secara rasmi oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar pada majlis menandatangani kontrak pelantikan ketua jurulatih baharu di antara Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali dan Mohd Nafuzi.

    Mohd Daud berkata beliau yakin Mohd Nafuzi dapat menggalas tanggungjawab mengendalikan pasukan KDA FC dengan baik berdasarkan pengalaman dan prestasinya yang cemerlang dalam membina pasukan bola sepak ‘dari kedudukan bawah ke tangga atas’ selain mempunyai trek rekod yang bagus.

    “Kami beri sepenuh kepercayaan kepada dia untuk memilih barisan pemain serta mencari bakat-bakat baharu yang boleh diserap masuk ke dalam pasukan. Jadi, saya minta peminat KDA FC supaya beri masa kepada Mohd Nafuzi untuk membina dan membangunkan pasukan yang gah, disegani dan dihormati.

    “Selain itu, saya juga ingin memaklumkan jumlah keseluruhan pemain untuk musim hadapan adalah seramai 25 orang dan nama-nama mereka hanya akan diumumkan nanti. Seramai 17 orang pemain bagi musim 2022 tidak ditawarkan kontrak baharu untuk musim hadapan,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. – Bernama

    Kedah Darul Aman FC (KDA FC), kelmarin mengumumkan Mohd Nafuzi Mohd Zain sebagai Ketua Jurulatih yang baharu selama dua tahun bermula musim 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...