Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Mayat remaja lemas di Tasik Sarikei ditemukan

-

SIBU, 27 JUN – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah tasik tempat mengorek pasir di Jalan Kin San, Sarikei, kira-kira 58 kilometer dari sini, ditemukan lemas 12:30 tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mayat Terry Leon Zi Jun, 13, ditemukan oleh anggota keluarganya setelah operasi mencari yang dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ditangguhkan jam 10:30 malam ekoran cuaca gelap.

“Berikutan penemuan itu yang turut disahkan oleh pihak polis, operasi mencari itu ditamatkan jam 1 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, terdahulu panggilan berhubung kehilangan remaja berkenaan diterima kira-kira jam 8:35 malam dan BBP Sarikei mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggotanya. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -