Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Nekad teruskan teknologi pembinaan kapal jong

    FUZHOU – Zhang Guohui telah menceburi bidang pembuatan kapal, sama ada kapal sepanjang lebih 30 meter mahupun model bot, sudah mencecah lebih enam dekad.

    “Setiap minit, saya terus berfikir untuk menjadikannya sempurna,” kata lelaki berusia 77 tahun itu, yang merupakan pewaris teknologi kepala pukal kedap air bagi jong China. Lahir daripada keluarga miskin di sebuah bandar nelayan di Wilayah Fujian di timur China, Zhang mula mencari rezeki dengan menangkap ikan di laut lepas ketika berusia 16 tahun, di mana dia mula berminat untuk membuat bot.

    Sebagai seorang yang cepat belajar, Zhang kemudiannya dihantar ke limbungan kapal di bandar Quanzhou dan Xiamen Fujian di mana dia menerima latihan dan mahir dalam jong tradisional Cina dan menjadi terkenal kerana ketukangannya yang sempurna untuk membina kapal.

    Disebabkan perkembangan industri pembinaan kapal moden, keperluan untuk kapal kayu besar menurun dengan mendadak. Zhang mula membina model kapal menggunakan kemahirannya membina kapal selama 20 tahun.

    “Saya takut kemahiran tradisional itu akan pupus suatu hari nanti. Nasib baik, saya bertemu Wang Lianmao, bekas kurator Muzium Maritim Quanzhou pada 2007,” kata Zhang.

    Selepas pertemuan mereka, dia mula mengubah suai kapal lama dan membuat model kapal untuk muzium.

    Pada tahun 2010, teknologi kedap air bagi jong Cina telah ditulis dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera oleh UNESCO. Dicipta pada Dinasti Tang (618-907) dan diterima pakai secara meluas selepas Dinasti Song (960-1279) di Fujian, teknologi itu membenarkan pembinaan kapal laut dengan petak kedap air.

    Jika satu atau dua kabin rosak secara tidak sengaja dalam proses navigasi, air laut tidak akan membanjiri kabin lain dan kapal akan kekal terapung. Terima kasih kepada tukang berdedikasi seperti Zhang, teknologi ini boleh diwarisi dan dipromosikan.

    “Kapal kuno yang telah diubah suai adalah saksi sejarah Quanzhou sebagai hab maritim rangkaian perdagangan Asia Timur dan Tenggara,” kata Zhang, yang telah membina dan mengubah suai lebih daripada 20 model kapal untuk muzium itu. – Xinhua

    Zhang Guohui, pewaris teknologi kedap air bagi jong China, membuat model bot di sebuah bengkel di Bandar Chongwu, Daerah Hui’an di Quanzhou, Wilayah Fujian tenggara China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...