Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Mesir pamer koleksi artifak terbaharu

    KAHERAH, 31 MEI – Mesir semalam mempamerkan koleksi artifak lama yang wujud sejak 2,500 tahun lalu yang dikatakan oleh pihak berkuasa kepurbaan negara digali baru-baru ini di rantau terkenal Saqqara berdekatan Kaherah.

    Kesemua artifak dipamerkan di tempat pameran sementara yang didirikan di kaki Tangga Piramid Djoser di Saqqara, 24 kilometer dari barat daya ibu negara Mesir.

    Menurut Mostafa Waziri, ketua Majlis Tertinggi Barang Purba, penemuan termasuk 250 keranda batu bercat dengan mumia awet di dalam, serta 150 patung dewa gangsa dan mangkuk gangsa yang digunakan dalam upacara Isis, dewa kesuburan dalam mitologi lama Mesir, kesemuanya dari era 500 Sebelum Masihi.

    Sebuah patung gangsa tanpa kepala Imhotep, ketua arkitek Firaun Djoser yang memerintah Mesir di antara 2630SM dan 2611SM juga dipamerkan.

    Artifak berkenaan akan dipindahkan untuk dipamerkan di Muzium Mesir baharu, projek besar yang masih dalam pembinaan berhampiran Piramid Giza, di luar kaherah.

    Tapak Saqqara adalah sebahagian daripada nekropolis yang terletak di ibu negara lama Mesir Memphis yang termasuk Piramid Giza dan piramid lebih kecil di Abu Sir, Dahshur dan Abu Ruwaysh. Puing-puing di Memphis telah disenaraikan sebagai tapak Warisan UNESCO pada 1970.

    Mesir sedang giat mempromosikan penemuan arkeologi terbaharu ini, dengan harapan dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara itu.

    Sektor pelancongannya, sumber pendapatan utama asing, terjejas akibat krisis politik dan keganasan susulan pemberontakan pada 2011 yang menggulingkan Hosni Mubarak. – AP

    Keranda bercat dengan mumia di dalam, wujud sejak 500SM, dipamerkan di tempat pameran sementara di kaki Tangga Piramid Djoser di Saqqara, Kaherah, Mesir pada 30 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...