Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    MFPRSC sambung perkhidmatan implan

    Gambar serahan MFPRSC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Maxillofacial, Facial Plastic & Reconstructive Surgery Centre (MFPRSC) yang terletak di kampus Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), bersebelahan dengan Jabatan X-Ray kini menyediakan perkhidmatan implan oleh dua orang pakar implan berkelayakan Harvard dari Brunei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Dr Haji Muizzaddin Mokti merupakan seorang konsultan di Unit Implan Rekonstruksi, MFPRSC. Beliau juga merupakan konsultan dan implantologist sepenuh masa di Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC).

    Beliau mempunyai kelayakan Sarjana Kesihatan Awam (MPH, Harvard) dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard yang diperolehi-nya pada 2013 dan Sarjana Sains Perubatan dalam Biologi Oral juga dari Harvard serta Sijil Pakar dalam Implan daripada Harvard.

    Di samping itu, beliau memegang Diploma Keahliaan Royal College of Surgeon of Edinburgh.

    Sementara itu, Dr Haji Shamshir Abidin yang juga konsultan kunjungan dalam perkhidmatan implan, turut mendapat latihan penuh di Harvard.

    Beliau memegang ijazah Sarjana Sains Perubatan dalam Biologi Oral daripada Harvard dan Sijil Pakar dalam Implan daripada Harvard.

    Dr Haji Muizzaddin Mokti
    Dr Haji Shamshir Abidin

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...